Home

Wednesday 25 April 2018

Vivix Shaklee : Tonik Anti-penuaan


Apa itu Vivix Shaklee?

Vivix Shaklee adalah jus minuman campuran botani lazat yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Campuran unik botani yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix sangat unik.

Vivix adalah lebih daripada sekadar jus. Bukan sahaja jus, tapi sebenarnya ia adalah pati tulen mengandungi khasiat antioksidan yang terunggul.

Tahu tak apa ramuan utama Vivix?

Tahu tak, ramuan ni carefully selected by Shaklee saintis. Ia mengambil masa 7 tahun siapkan kajian sebelum keluarkan Vivix. Bukan cikai-cikai tau, takdenya nak main tunjuk-tunjuk je kat kilang.

Ok hari ni jom ambik tahu apa ramuan utama Vivix.

Bahan 1: European Elderberry.

Buah elderberry adalah buah daripada pokok elder, dan memang biasanya digunakan sebagai makanan tambahan atau suplemen untuk selesema dan demam. Disebabkan khasiat dan manfaat elderberries yang banyak, Shaklee telah menggunakannya sebagai salah satu ramuan istimewa di dalam Vivix.

Manfaat Elderberries

1. Mengandungi Flavonoids
Buah elderberry mengandungi flavonoids yang dapat membantu mengurangkan bengkak, menentang inflamasi dan meningkatkan pertahanan badan (pusat kajian Bundesforschungsanstalt di Karlsruhe, Germany).

2. Mengandungi antocianin
Mereka juga mendapati elderberry mengandungi antocianin yang meningkatkan paras pengeluaran cytokines. Protein cytokines penting dalam pertahanan badan yang alert untuk menentang penyakit.

3. Mengandungi antioksidan
Mereka juga mendapati elderberry juga mengandungi banyak antioksidan berbanding kebanyakan Vitamin E atau Vitamin C.


Bahan 2: Lobak ungu
Sebenarnya dikatakan sebelum kurun ke 17, semua lobak yang ada sebenarnya berwarna ungu. Orang Belanda pada kurun ke 16 membuat perubahan sedikit dan menjadikan lobak kini berwarna oren dan rasanya lebih manis. Dan sebenarnya lobak merah ini telah kekurangan pigmen antocyanin yang kaya terdapat di dalam lobak ungu. Lobak ungu berasal daripada Afghanistan sebelum tahun 900 dahulu.

Kebaikan Untuk Kesihatan Lobak Ungu

  • Beta karotin Lobak dipasarkan untuk pelbagai sebab-sebab kesihatan seperti beta-karotin yang secara semulajadi berlaku di dalamnya. Lobak ungu memaparkan semua manfaat kesihatan daripada lobak merah yang kita sudah biasa seperti penglihatan yang lebih baik termasuk, kulit lebih cerah, dan merupakan sumber Vitamin A. beta-karotin dan fitokimia dalam lobak ungu telah terbukti untuk mengurangkan risiko kanser.
  • Fitokimia Fitokimia yang berlaku dalam semua lobak ungu adalah bahan kimia yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai pelbagai faedah positif termasuk ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Baca juga berkenaan phytonutrients.
  • Antosianin dan antioksidan Lobak ungu mempunyai manfaat tambahan antosianin yang secara semula jadi dan adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan berfungsi untuk melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas yang merupakan molekul yang tidak stabil dengan kesan sampingan yang berpotensi merosakkan. Antosianin merupakan antioksidan dan banyak terdapat dalam sayur-sayuran pewarna merah, ungu, dan biru mereka. Malah, lobak ungu mempunyai 28 kali ganda lebih daripada antosianin ini daripada satu lobak merah. Antosianin telah diuji pada tahun 2007 dan keputusan berasaskan makmal menunjukkan bahawa pigmen ini adalah membantu terhadap pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser, kencing manis, penyakit saraf dan jangkitan bakteria.
  • Anti radang, anti karsinogenik, anti mikrob Banyak penambahbaikan biologi, antosianin termasuk ciri-ciri anti-radang, anti-karsinogenik dan anti-mikrob. Kuasa anti-karsinogen lobak ungu telah diuji untuk membantu melawan kanser, strok, penyakit jantung dan juga diabetes.


Ramuan 3: Anggur Muscadine
Anggur muscadine tumbuh semulajadi di tempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin. Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveraterol yang tinggi.

Kelebihan anggur muscadine: -

  • Berkeupayaan melindungi diri daripada bakteria dan kulat
  • Mempunyai 20 pasang kromosom
  • Mempunyai Nilai ORAC Paling Tinggi
  • Kaya Dengan Antioksidan
  • Mengandungi Resveratrol 6x Lebih Tinggi
  • Tinggi Kandungan Fiber
  • Bersifat Anti Kanser dan Anti Radang


Bahan 4: Polyganum Cuspidatum
Polyganum Cuspidatum (japanese knotweed) ini yang berasal dari Asia banyak ditempui di Eropah dan Amerika Utara. Polyganum Cuspidatum adalah ibu resveratrol. Kaya dengan resveratrol yang berfungsi sebagai anti radang, anti kulit, anti bakteria atau anti virus yang boleh membuatkan wajah kita awet muda. Ia digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat rambut beruban di negara China dan Jepun selama lebih 100 tahun. Potensi polifenol semulajadinya adalah untuk menyokong diet yang sihat dan mampu memberi kesan positif kepada penuaan sel yang sihat.

Secara ringkasnya, manfaat utama polyganum cuspidatum adalah:-

  • Antioksidan yang kuat
  • Anti radang
  • Anti penuaan
  • Memperbaiki sel mati dan meningkatkan penghasilan sel hidup

Di antara kelebihan, khasiat dan fungsi yang terkandung di dalam Polyganum Cuspidatum ialah kandungan resveratrol yang tinggi. Kita jumpa polyganum dalam tumbuhan, tumbuhan yang memiliki antioksida dan anti penuaan.


Nak tahu macam mana sejarahnya Vivix dihasilkan?

Vivix dihasilkan daripada hasil kajian seorang saintis Harvard pada 2006 iaitu Dr David Sinclair. Kajian beliau mengejutkan dunia apabila menemui molekul dalam wine merah yang dapat mengaktifkan gen anti aging manusia (SIRT1) dan memperlahan proses penuaan.

Bila dikatakan anti aging, bukan bermaksud kita ada peluang hidup selama-lamanya. Tapi ia bermaksud sains sekarang sudah ada jawapan bagaimana kita menua, dan bagaimana kita boleh memperlahankannya.

Pada 1991, ada saintis Perancis, Dr Serge Renault dalam program 60 Minutes sebut ada French Paradox di Perancis. French paradox tu maksudnya orang perancis ni makan diet yang banyak gula, lemak, krim dan krim lagi tapi mereka 42% kurang risiko menghidap sakit jantung, dan mereka hidup lebih lama berbanding rakyat US.

Jadi saintis peliklah kenapa kan. Padahal kalau ikut pemakanan camtu, mesti dah dapat penyakit 3 serangkai. Tapi orang perancis tak. Sebab apa? Dr Renault kata sebab orang perancis minum banyak wine merah.

Jadi saintis percaya ada benda dalam wine merah ni yang bantu kesihatan orang perancis. Tapi saintis tak pasti apa/ Tahun-tahun selepas itu, ramai juga saintis mengkaji wine merah dan kuasa anti penuaannya tu. Bila Dr Sinclair publish hasil kajiannya, cepat-cepat majalah FORTUNE tulis sebagai "Perhaps the greatest discovery since antibiotics" (penemuan terunggul selepas penemuan antibiotik).

Tu dia kata mat saleh. Dr Sinclair jumpa gen yang bantu perlahankan penuaan iaitu sirtuin. Dr Sinclair dan team dari Harvard Medical School kaji lebih 20 ribu kompaun semulajadi sebelum beliau jumpa molekul yang betul-betul menyamai hasil kajiannya.

Bahan itu adalah resveratrol. Memanglah mula dan asalnya resvertrol ni beliau kaji dengan yis, ikan, kemudian dengan tikus. Tapi itulah permulaan segala kajian. Takkan la dia nak kaji terus kepada manusia. Itu protokol saintis.

Dr Sinclair adalah orang pertama dalam sejarah yang menemui bahan untuk hidup lebih lama (perlahakan penuaan). Daripada kajian beliaulah, maka saintis serata dunia mula buat kajian berdasarkan resveratrol. Kajian resveratrol ni dah lebih 2636 kajian saintifik yang korang boleh semak di banyak laman web jurnal terkemuka.

Antara yang buat kajian: National Institute of Health National Cancer Insitute National Institute of Aging United States Department of Agriculture dan lain-lain lagi termasuklah Shaklee. Terlalu banyak pihak berminat nak kaji resveratrol ni, paling famous la kiranya.

Memang banyak syarikat pengeluar suplemen atau nutrisi berdasarkan resveratrol ni. Tapi siapa kita nak percaya? Shaklee Corporation adalah syarikat nutrisi semulajadi no 1. Dan merupakan peneraju suplemen semulajadi dan tulen lebih separuh abad lamanya. Bagi pihak Shaklee, Dr Carsten Smidt (saintis) mengkaji semula hasil kajian Dr Sinclair dan mendapati kita boleh dapat lebih baik daripada itu.

CEO Shaklee Roger Barnett berikan persetujuan untuk Dr Smidt mengkaji lebih mendalam lagi berkenaan produk anti penuaan pertama Shaklee bersama-sama 30 orang lagi saintis. Shaklee menambah baik hasil kajian Dr Sinclair. Dalam fasa awal, Dr Smidt bekerjasama dengan Dr Sinclair sendiri dan pasukannya dari Harvard. Dari situlah Dr Smidt berkeyakinan Shaklee akan menghasilkan produk yang lebih baik berbanding resvertrol sahaja.

Selepas kajian selama 3 tahun, dengan berjuta-juta dilaburkan dan kerjasama dengan University of Georgia, Shaklee telah berjaya menghasikan tonik semulajadi yang dapat menembusi ke tahap selular. Itulah dia Vivix, Tonik Antipenuaan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat untuk semua.

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi saya yer.

Beauty with Brain
Rohaslina Binti Rozali
Founder Inspirasi Chanteq Home & Mobile Spa
Agen NECK SF
019.269.6274
rohasrozali1309@gmail.com

1 comment: