Home

Wednesday 25 April 2018

Keistimewaan ESP Shaklee


Apa itu ESP?

Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan merupakan serbuk protein berasaskan tumbuhan.

Protein adalah molekul organik yang kompleks dan besar yang memainkan peranan penting untuk organisma hidup macam kita. Protein juga adalah zat yang paling banyak di dalam badan selepas air.
Protein adalah seperti blok yang membina tubuh kita, seperti batu bata yang membina rumah kita. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Tahu tak?
Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.

Keistimewaan Shaklee

• Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).

• Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.

• Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.

• Membekalkan 9 asid amino.

• Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.


Bagaimana Memilih Serbuk Protein Yang Terbaik

Senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, serbuk protein merupakan cara paling mudah untuk memastikan kita memperolehi protein yang mencukupi setiap hari.

Walau bagaimanapun, dengan lambakan jenama dan pelbagai jenis protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untuk kita?

Tips 1: Dapatkan Soya!

Sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif kepada laktosa.

• Mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol
• Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopos menangani sindrom menopos seperti kepanasan badan
• 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.

Tips 2: Tiada Gula Tambahan

Kebanyakan pengeluar menambah gula ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula tambahan!

• Pengambilan protein membantu memastikan
anda tidak mengambil kalori yang berlebihan.
• Membantu mengekalkan paras gula darah yang
sihat.

Tips 3: Mempunyai Index Glisemik Yang Rendah
Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan letih, mudah marah dan lapar.

Protein soya GI rendah membantu:
• Mengekalkan paras gula darah yang sihat.
• Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda
kenyang lebih lama.
• Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan.

Tips 4: Lengkap Dengan 9 Asid Amino Penting

Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan harian 9 asid amino penting untuk:

• Fungsi badan yang optimum.
• Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
• Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.

Tips 5: Non GMO

Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan.

Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Sumber bukan GMO memastikan:

• Nutrien kekal dalam sumber makanan.
• Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan
selamat.

Tips 6: Rendah Lemak

Akhirnya, apa yang kita mahu ialah mendapat faedah protein dari serbuk yang dipilih dan bukannya lemak, supaya

• Membantu mengekalkan jisim otot.
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol.
• Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.


APA YANG BEST TENTANG ESP SHAKLEE

Sumber "Protin Lengkap" dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.

Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan rendah kolestrol.

Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tanga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.

Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon dengan sempurna.

Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.

Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1 gram dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.

Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.


KELEBIHAN ESP

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
  • Dapat membantu hilangkan parut jerawat.
  • Memberi tenaga berpanjangan serta menjadikan badan semakin sihat dan kurang keletihan.
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan,
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  • Mengawal paras kolestrol.
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.


KESIMPULAN

ESP membantu membentuk sel-sel badan yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama untuk diserap dengan efektif ke dalam badan, maka kesannya akan lambat dilihat.

Jom berESP dengan saya.

~~~~~~~~~~~~~

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi saya yer.

Beauty with Brain
Rohaslina Binti Rozali
Founder Inspirasi Chanteq Home & Mobile Spa
Agen NECK SF
019.269.6274
rohasrozali1309@gmail.com

No comments:

Post a Comment