Home

Saturday 20 April 2019

Vivix : Supplement Tinggi Nilai ORAC


Vivix adalah lebih daripada sekadar jus. Ia bukan sahaja sekadar jus yang sangat sedap, tapi sebenarnya ia adalah pati tulen yang mengandungi khasiat antioksidan yang terunggul. 


Apabila bercakap tentang antioksidan, ia adalah berkait rapat dengan nilai ORAC nya. Jadi untuk posting kali ini, saya ingin memfokuskan berkenaan penilaian ORAC yang menentukan setinggi mana kadar antioksidan yang terdapat di dalam nutrisi yang ada di pasaran.

Korang tahu tak Vivix ni paling tinggi nilai ORAC? Tapi apa itu ORAC?


ORAC

ORAC adalah Oxygen Radical Absorption Capacity, iaitu satu unit ukuran untuk menentukan kadar sesuatu bahan menentang radikal bebas dalam tubuh. Unit ukuran ini adalah sebagaimana telah dibangunkan oleh Institut Kebangsaan Penuaan (NIA) di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). 

Semakin tinggi nilai ORAC, maka semakin kuatlah sesuatu antioksidan untuk melawan kerosakan sel terhadap radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. Nilai ORAC juga membantu menunjukkan tahap antioksidan dalam pelbagai makanan.

Menurut teori, antioksidan melambatkan proses oksidatif dan kerosakan akibat radikal bebas yang boleh menyumbang kepada kemerosotan yang berkaitan dengan usia dan penyakit. 


Nilai ORAC

Di mana kita boleh dapatkan nilai ORAC bagi makanan atau suplemen kita? Anda boleh dapatkan sesetengah maklumat melalui online, sekiranya makanan tersebut telah diuji. 

Ada banyak makanan dalam dunia ini, mustahil juga hendak diuji ke atas kesemuanya. Tetapi jika anda google, memang terdapat ujian terhadap 3,000 makanan di dunia. Cuma kena hati-hati juga, kadang-kadang terdapat juga data yang tidak masuk akal. 

Bagi Shaklee yang mempunyai barisan saintis berkaliber dan merupakan syarikat yang disegani, tentulah data yang dikemukakan oleh Shaklee boleh dipercayai. 


Nilai ORAC bagi beberapa buah-buahan tinggi antioksidan

Carta di atas adalah nilai ORAC bagi beberapa buah-buahan yang diketahui kaya antioksidan. Perhatikan anggur muscadine mempunyai kadar ORAC paling tinggi.

Perhatikan juga nutrisi antioksidan keluaran beberapa syarikat MLM dalam carta di bawah. Lihat bagaimana Vivix dengan hanya 1 hidangan bersaiz 1 sudu teh mampu menyediakan sehingga lebih 5,000 nilai ORAC. 


Perbezaan nilai ORAC Vivix dengan suplemen antioksidan syarikat MLM yang lain

Dan lihat juga claim yang dibuat oleh Shaklee adalah sama dengan kajian makmal yang dibuat, berbanding syarikat lain. Di sini boleh lihat kredibiliti Shaklee terhadap maklumat dan kualiti produknya. 


Kepentingan Makanan & Supplement Tinggi Nilai ORAC

Radikal bebas adalah bahan kimia yang sangat tidak stabil yang kekurangan satu elektron. Dalam usaha mereka untuk mendapatkan pelengkap elektron mereka, radikal bebas ini bertindak balas dengan molekul lain di sekelilingnya (seperti yang terdapat dalam membran sel) dan dalam prosesnya menyebabkan molekul sebaliknya yang sihat itu kehilangan elektron, menyebabkan mereka juga menjadi tidak stabil. Ini boleh mengakibatkan kemerosotan besar sel.

Sumber radikal bebas merupakan penyebab kepada pelbagai masalah kesihatan kepada manusia


Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan di semua bahagian badan dan boleh membawa kepada kebanyakan punca-punca penyakit kronik seperti kanser, diabetes, sakit jantung, stroke, alzeimer dan lain-lain lagi.

Bagaimana antioksidan berperanan memusnahkan radikal bebas di dalam badan


Satu bahagian khas perlindungan radikal bebas dan sisa pengoksidaan dipastikan oleh tindakan sinergi nutrien dan enzim. Bahan-bahan ini dipanggil antioksidan. Antioksidan mempunyai lebih elektron di mana ianya membolehkan elektronnya diambil oleh radikal bebas yang kekurangan elektron. Dengan itu, radikal bebas bertukar menjadi atom yang sihat,


Kesimpulan

Antioksidan adalah sangat penting untuk badan. Ia membantu melawan penyakit, termasuk membantu melawan proses penuaan. Begitulah serba sedikit kepentingan nilai ORAC yang tinggi dan bagaimana cara hendak menentukan nilai ORAC paling baik untuk anda ambil.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua yang membaca.
Terima kasih.

Rohaslina Rozali
Your Trusted Shaklee Distributor
019-2696274


No comments:

Post a Comment