Home

Wednesday 17 April 2019

ECZEMA : Bagaimana Cara Nak Merawatnya


Kerap sangat sekarang kita dengar tentang ECZEMA sekarang ni kan? Ia bukan sahaja popular di kalangan orang dewasa tapi juga bayi dan kanak-kanak! Boleh dikatakan hampir semua orang mengalaminya cuma antara teruk atau tak saje.




JOM KENALI ECZEMA!

Kita biasa dengar perkataan eczema kan? Ia juga dikenali sebagai Atopic Dermatitis.

Atopic - Alahan / alergik

Dermatitis - Keradangan / inflamasi pada kulit

Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.



APA CIRI-CIRI & TANDA-TANDA ECZEMA?


Bukan semua kegatalan pada kulit dikategori sebagai eczema yer. Ada cara untuk kita kenali sama ada ia eczema atau bukan eczema.

Kawasan selalu terjadi Eczema

Kawasan selalu terjadinya eczema / actipic dermatitis adalah pada pipi, juga belakang lutut (pelipat)


Nie yang biasa kita tahu kan? Tapi tahu tak ada beberapa lagi jenis eczema yang jarang diketahui sehinggakan penghidapnya tidak menyangka ia tergolong dalam masalah eczema.




Ia dikenali sebagai lichenified eczema dan juga follicullar eczema.

Lichenified eczema biasanya terjadi pada pergelangan tangan. Manakala follicular eczema biasanya terjadi pada bahagian badan. Follicular eczema terbentuk pada liang-liang roma dan mengakibatkan rasa gatal.

Kegatalan atau alergi pada kulit dikatakan atau dikategorikan sebagai eczema jika mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Kulit kering dan bertompok-tompok serta GATAL
  • Kulit MERAH dan berSISIK
  • Bengkak kecil & berair meleleh dan berdarah kelihatan pada kulit
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap eczema dan/atau asthma
  • Bukan sentiasa tapi ada masanya eczema flares up
  • 10% ianya berlaku dikalangan kanak-kanak, 1% berlaku dikalangan dewasa
  • Biasanya terjadi pada tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut (pelipat)

Ciri-ciri eczema


Ciri-ciri eczema: Kemerahan (redness), melepuh (blisters), berkerak mengelupas (flaking)


Redness, blisters, dan flaking adalah ciri-ciri eczema. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga bernanah! Nanah adalah tanda jangkitan (infection) kuman telah berlaku pada kulit.


Jika tahap eczema telah sampai ke tahap bernanah, adalah lebih baik untuk rawat jangkitan tersebut dahulu.

Kemudian teruskan dengan rawatan eczema secara semulajadi.

Semulajadi?
Ada ke?

Boleh ke eczema dirawat dan dicegah secara semulajadi?

Jom baca lagi.


PUNCA DAN PENYEBAB ECZEMA


Apa yang triggers eczema menyerang penghidapnya berulang kali?

  1. Keturunan (Genetics) - Eczema, asthma, allergies
  2. Alahan makanan (Food intolerances) - Contohnya: Produk tenusu, gandum, kacang tanah, telur,seafood
  3. Kulit kering
  4. Perangsang dari barang disekeliling (Irritants) - Contohnya: Sabun basuh tangan / basuh pinggan, detergent, shampu, sabun mandi, pencuci lantai, klorin dalam air, perfume, pakaian dari bulu haiwan / synthetic fibers
  5. Perubahan suhu yang mendadak dan berpeluh
  6. Allergens: Debunga, pijat, bulu kucing/anjing
  7. Stress
  8. Pengambilan makanan yang tinggi gula dan mengandungi lemak tepu. Termasuk makananbergoreng, ia mengakibatkan keradangan pada kulit dan memusnahkan sel-sel badan
  9. Jangkitan kuman (infection)

Perbezaan kulit normal & penghidap eczema

Perbezaan di antara kulit sihat dan kulit yang mengalami eczema / dermatitis


BAGAIMANA ECZEMA BOLEH DIRAWAT SECARA PERUBATAN?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

  • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.


CARA MENGATASI ECZEMA

Ada cara yang lebih baik untuk atasi eczema dan bukan hanya dengan cara bergantung pada ubatan semata.

Yang paling utama adalah menjaga kelembapan kulit

.

Jaga kelembapan kulit

.

JAGA KELEMBAPAN KULIT!


Kelembapan kulit merupakan cara yang paling penting dalam mengatasi masalah eczema.

Bagaimana nak jaga kelembapan kulit??

  1. Guna pelembap (tanpa steroid) setiap kali selepas mandi.
  2. Guna sabun mandi yang semulajadi dan mengandungi pelembap. Elakkan sabun mandi berbentuk gel, gunakan yang creamy (shower cream instead of shower gel).
  3. Guna sabun basuh pinggan, sabun basuh pakaian, yang semulajadi dan selamat pada kulit.
  4. Guna sabun pencuci lantai dan tandas yang semulajadi tanpa bahan penghakis berbahaya.



APA MATLAMAT PERUBAHAN LIFESTYLE DALAM PERUBAHAN KEPADA PENGHIDAP ECZEMA NI?


  • Mengurangkan keradangan pada kulit
  • Mengurangkan pendedahan kepada irritantsdan allergens
  • Memperbaiki fungsi "waterproofing" kulit yang terjejas
  • Mengurangkan kerosakan sel kepada kulit mati




APA YANG PERLU DIPRAKTIKKAN UNTUK BANTU?


  • Pastikan bilik sentiasa selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.

  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor

.

.

Akhir sekali. Apa yang saya ingin tekankan, walaupun eczema boleh sembuh. Namun, cara kehidupan kita yang akan menentukan adakah ianya berjaya atau sebaliknya.
.


.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda semua di luar sana. Terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhirnya. Saya mohon anda SHARE entry ini kepada keluarga dan kenalan anda. Mana tahu ada insan yang kita bantu dengan perkongsian ini.

Semoga bermanfaat!! 😊

No comments:

Post a Comment