Home

Thursday 16 August 2018

Wednesday 8 August 2018

Bisnes Mobile Spa TWB


Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca entry nie.

Kalau kita perasan kat sekeliling kita memang ramai kaum wanita yang berniaga. Berniaga memang bagus, Rasulullah pun ada cakap yang 9/10 dari rezeki datang dari perniagaan.

Tak kisah lah apa yang kita niagakan. Yang penting niat untuk tambah income dan bantu kewangan keluarga. Dan juga nak ubah nasib keluarga.

Ada yang masih mencari bisnes apa yang sesuai untuk mulakan perniagaan ke?

Saturday 4 August 2018

TWB - The Glamorous Mobile Spa Ever

"TWB - The Glamorous Mobile Spa Ever?"


Kenapa? Tak percaya ker?

"Tak kan tak glamour?"

Yang nie lar apa yang anda akan cakap lepas baca page nie sampai habis tau 😉.

Friday 3 August 2018

Alfafa Complex, Raja Segala Tumbuhan

Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita kat blog akak Rohas. Semoga semua pembaca blog akak sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya. Aamiin.

Entry kali nie akak nak share tentang Alfafa Complex Shaklee. Tapi sebelum tu elok lah kiranya akak cerita sikit tentang latar belakang @ sejarah Alfalfa Shaklee nie yer..

✅ Kenapa alfalfa digelar raja segala tumbuhan? Sebab alfalfa tu sendiri bermaksud raja segala makanan.

✅ Alfalfa nie salah satu tumbuhan yg sangat berkhasiat. Kenapa?
Sebab akar tunjang dia boleh cecah 20kaki dalam tanah. Jadi alfalfa boleh menyerap lebih banyak nutrien dari tanah.

✅ Kalau ikut kajian, lebih 300 nutrien & mineral ada dalam pokok alfalfa ni. Antaranya kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, bioflavonoid, vitamin & klorofil.

✅ Alfalfa adalah produk signature shaklee tau.. Dr C. Forrest Shaklee dah hasilkan alfalfa pada tahun 1950 lagi. Fuhh dah dekat 70 tahun dah rupanya kan?

✅ Shaklee punya alfalfa ni ditanam di kawasan subur di California & Shaklee cuma gunakan serbuk daun alfalfa aje untuk hasilkan tablet alfalfa tu, sbb tu senang larut dalam air.

Kalau orang dulu-dulu, diorang gunakan daun alfalfa nie untuk ubati ulser, sakit sendi & banyakkan susu dlm badan. Diorang makan daun alfalfa ni cenggitu aje tau, ala-ala makan ulam tu. Taktau la macamana diorang telan 😂.

Tapi disebabkan khasiat yang terdapat dalam alfalfa ni terlalu banyak, apa pun sanggup ditelan kan.


KHASIAT ALFALFA



1. Agen detoks

Sapa nak kurus elok makan alfalfa ni.. akak pun setiap kali rasa makan berlebihan atau mkn yg bukan2 (fast food etc) mmg akan telan alfalfa ni 15biji terus. Panas sikit la rasa badan, tp lepas dh alfalfa bertindak dlm badan kita & buang melalui 💩 ringan terus rasa badan. Kalau tak mesti menyesal mkn banyak 😂

By the way siapa yang duk makan vitamin untuk kecantikan tu kalau tak berkesan, jangan salahkan vitamin pulak tau. Eloklah detoks dulu dengan alfalfa nie. Buang toksin dulu then barulah vitamin lain mudah diserap.

Sebab bila badan banyak toksin dia akan menghalang vitamin daripada diserap ke dalam badan kita.

2. Keputihan

Alfalfa bantu kurangkan keputihan, kegatalan & bau yang kurang menyenangkan.

3. Ala-ala kacip fatimah & tongkat ali moden untuk pasangan yang dah berkahwin. Paham2 sendiri la ye 🙈.

4. Milk booster

Orang dulu2 makan gitu je daun alfalfa buat macam ulam sebab nak banyakkan susu badan. Kita sekarang untung tau Shaklee dah tolong tabletkan hehe.

5. Kesihatan tulang

Nutritionist shaklee pernah cakap, makan 10 biji alfalfa ni umpama kita minum segelas susu yang tinggi kalsium.

Kalau baca balik yang akak share awal2 tadi, antara nutrien yang terdapat dalam alfalfa salah satunya adalah kalsium. Tulang yang sihat perlukan kalsium yang cukup tau!

Jadi kalau tak suka minum susu boleh ambil inisiatif untuk makan alfalfa.

6. Masalah bau badan, kaki & mulut

Masalah bau ni berkait rapat dengan kandungan toksin dalam badan. Bila makan alfalfa, toksin dalam badan akan disingkirkan, InshaAllah no more smelly2 body.

7. Resdung

Hat ni memang tak dapat dinafikan lagi 😂. Kalau dah terasa terlebih makan seafood tu (bagi yang resdung kronik) sila telan alfalfa ye. Ataupun lebih elok sebelum makan seafood tu boleh ambik alfalfa dulu.

Sama jugak untuk yang alah dengan habuk etc, boleh ambil alfalfa untuk kawal resdung.

Bahaya tau resdung ni, boleh buat mata buta kalau tak rawat!

Tanda2 ada resdung:
- nafas berbau
- kerap selsema
- hidung tersumbat
- gatal2 di kawasan muka (hidung, pipi, mata)
- kerap bersin
- tidur berdengkur
- kerap sakit kepala
- rambut gugur

Lain2 khasiat alfalfa ni untuk gout, lancarkan haid, kawal gula dlm darah, kawal kolesterol, atasi masalah sembelit,kesuburan dsb


Ada tiga golongan yang x blh makan alfalfa

1. Penghidap SLE

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

Dalam Alfalfa ada sedikit protin yang memberi tindak balas kepada pesakit SLE. Sbb tu la pesakit SLE tak boleh makan Alfalfa. Shaklee pun ada tulis kat botol Alfalfa tu.

2. Pesakit Psoriasis

Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gatal dan adakala menyakitkan.

Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit Psoriasis masih belum diketahui, tetapi umumnya Psoriasis berkait dengan sistem imun dan genetik individu.

3. Ibu menyusu bayi G6PD deficiency

G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.

Alfalfa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu, ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfalfa Complex (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan vitamin set penyusuan yang lain untuk milk booster.

Ok now nak cita pasal beza alfalfa & spirulina. Since ramai yang kata alfalfa dengan spirulina tu lebih kurang sama ja fungsinya. Dan ramai yang selalu confuse antara alfalfa & spirulina.

Alfalfa - pokok yang akarnya 20 kaki dalam tanah

Spirulina - sejenis rumput air

Jadi kandungan vitamin & mineral di dalam alfalfa lebih tinggi (yang diserap daripada kedalaman tanah 20 kaki). Bagaimanapun spirulina juga bagus untuk kesihatan, cuma alfalfa lebih bagus hehehe.

Sekian perkongsian tentang Alfafa Complex Shaklee. Nanti akak buat entry tentang testimoni pulak yer.

Semoga entry ini memberi manfaat.

~~~~~~~~~~~~~~~

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi saya yer.

Beauty with Brain
Rohaslina Binti Rozali
Founder Inspirasi Chanteq Home & Mobile Spa
Agen NECK SF
019.269.6274
rohasrozali1309@gmail.com