Home

Wednesday 25 April 2018

Sustained Release Vita-C Plus: Vitamin C Terbaik

Vitamin C adalah vitamin yang kerap kali diambil oleh sesiapa pun. Vitamin paling popular di antara vitamin-vitamin lain. Tanyalah semua orang, basic vitamin yang diambil semestinya vitamin C.

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh.

Tahu tak?

Tubuh kita mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, kita perlu sentiasa mengambil vitamin C melalui pemakanan harian dan suplemen.



Fungsi Penting Vitamin C

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik dan mempunyai beberapa fungsi penting.

Di antaranya:-

  • membantu melindungi sel-sel dan mengekalkan mereka sihat
  • perlu bagi penyenggaraan tisu penghubung yang sihat, yang memberikan sokongan dan struktur bagi tisu dan organ-organ lain
  • membantu penyembuhan luka

Kekurangan vitamin C juga boleh menyebabkan penyakit skurvi tau.


Sumber vitamin C

Vitamin C tidak boleh disimpan dalam badan atau disintesis oleh badan, jadi kita perlu ambil vitamin C dalam diet kita setiap hari.

Vitamin C terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Sumber yang baik vitamin C termasuk:

  • oren dan jus oren
  • lada merah dan hijau
  • strawberi
  • blackcurrants
  • brokoli
  • tauge
  • kentang
  • jagung


Berapa banyak vitamin C yang kita perlukan?

Bagi orang dewasa, pengambilan yang disyorkan untuk Vitamin C adalah 65-90 miligram (mg) sehari, dan had maksima adalah 2,000 mg sehari.

Walaubagaimanapun pengambilan terlalu banyak vitamin C adalah tidak membahayakan, terutama sekali jika vitamin C yang diambil adalah daripada sumber semulajadi.


Keistimewaan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

Sustained Release Vita-C Plus adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.


Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat untuk semua.

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi saya yer.

Beauty with Brain
Rohaslina Binti Rozali
Founder Inspirasi Chanteq Home & Mobile Spa
Agen NECK SF
019.269.6274
rohasrozali1309@gmail.com

No comments:

Post a Comment